Klik Untuk Maklumat Syarikat Kami

Thursday 13 January 2011

Pusat Fidlot Nasional (PFN)

Pengenalan

Ladang Fidlot Komersial

Dalam usaha menyokong hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk membangunkan kawasan seluas 2,023.5 ha. (5,000 ekar) di Daerah Gemas sebagai Ladang Beef Valley bagi mengusahakan aktiviti ternakan secara komersial agar dapat menyumbang kepada bekalan makanan negara khususnya bagi Negeri Sembilan dan Lembah Klang. Pusat Fidlot Nasional (PFN) akan menjadi komponen utama di Ladang Beef Valley ini. Inisiatif ini adalah juga selaras dengan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan pengimportan bahan-bahan makanan serta memperolehi imbangan perdagangan makanan yang positif menjelang tahun 2010.

Komponen Projek

Lima kawasan satelit utama berikut adalah terlibat dalam pembangunan Projek Ladang Beef Valley:

1.Perladangan kelapa sawit dan getah di Negeri Sembilan Timur untuk projek intergrasi ternakan lembu;
2.Tanah-tanah sawah atau dusun terbiar di Negeri Sembilan Timur untuk membangunkan projek-projek ternakan secara individu, berkelompok dan in situ;
3.Padang ragut milik JPH Negeri Sembilan untuk membangunkan industri ternakan berskala komersial/separa komersial dan diusahakan oleh penternak kecil dan sederhana;
4.Tanah seluas 404.7 hektar (1,000 ekar) di Pusat Ternakan Haiwan, Jelai, Gemas bagi pembiakan dan pengeluaran ternakan lembu. Pengeluaran baka-baka lembu terpilih di bawah kawalan dan seliaan JPH turut dilaksanakan; dan
5.Kawasan seluas 2,023.5 hektar (5,000 ekar) di Daerah Kecil Gemas yang akan dimajukan sebagai Pusat Fidlot Nasional (PFN).


Pewujudan dan pemantapan ladang fidlot komersil adalah salah satu pendekatan yang digariskan dibawah Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara, 2005. Penglibatan swasta secara besar-besaran dalam penternakan secara fidlot dengan sistem pengeluaran dan pemasaran secara bersepadu dijangka dapat membantu melonjakkan prestasi pengeluaran daging. Walau bagaimanapun, penglibatan swasta tidak mudah berlaku disebabkan minat pelabur yang rendah kesan dari kekangan-kekangan seperti berikut:
•Kekurangan tanah untuk dijadikan kawasan ladang;
•Kos pelaburan infrastruktur dan kemudahan asas yang tinggi; dan
•Tempoh matang yang lambat serta pulangan pelaburan yang kecil.

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Sehubungan dengan itu, Dasar Pertanian Negara Ketiga, 1998-2010 (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Selain dari DPN3, beberapa dasar lain juga telah digubal bagi menyediakan landasan yang tersusun dalam pelan pembangunan sosial dan ekonomi Negara. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 dilihat melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 3 (2006-2010) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk kimia semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi.

Pengeluaran daging lembu dalam negara masih berada ditahap rendah dengan hanya mencapai 23% Tahap Sara Diri (SSL) pada tahun 2005. Oleh itu, negara masih lagi bergantung kepada sumber bekalan daging dari luar negara. Permintaan daging lembu sentiasa meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan keperluan industri pemprosesan daging. Pada tahun 2005 permintaan daging lembu adalah sebanyak 124.11 ribu tan metrik berbanding pengeluaran sebanyak 28.54 ribu tan metrik.